Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool wajib kalahkan Man City jika ingin juara


Klopp harus pastikan The Reds tidak keciciran mata di Anfield.

LIVERPOOL tiada pilihan lain untuk menghidupkan peluang mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris dan wajib mengatasi Manchester City. di Anfield, tengah malam Isnin ini.

Kekalahan mengejut di tangan Brighton & Hove Albion lalu membuat juara bertahan semakin jauh dari puncak liga.

Kini skuad asuhan Juergen Klopp tersebut berada di kedudukan keempat liga dengan 40 mata dari 22 perlawanan.

The Reds ketinggalan tujuh mata dari Manchester City di tempat pertama, yang masih punyai satu baki permainan.

JAMIE CARRAGHER

 

 

Bekas bek Liverpool, Jamie Carragher percaya harapan Liverpool muncul juara kemungkinan berakhir jika gagal menang.

“Kalau mereka boleh kembali ke persaingan gelaran dan untuk melakukan itu, mereka harus mengalahkan City. Anda mungkin boleh melihat posisi mereka dalam baki tujuh atau lapan perlawanan.

“Semoga City mengalami sedikit penurunan. Prestasi yang ditunjukkan Man City saat ini begitu luar biasa. Mustahil untuk mengekalkan konsisten, City tidak boleh terus memenangi setiap pertandingannya, jadi saya akan mengira mereka akan kehilangan mata dalam perlawanan.

“Masalahnya buat Liverpool adalah jurangnyas terlalu besar, dan ia jelas akan semakin besar jika mereka gagal menang di Anfield,” kata Carragher.

Untuk rekod, Manchester City tidak kalah dalam 13 pertandingan terakhir Liga Inggeris.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: