Bola Sepak Terkini

Tunggakan gaji pemain dan pegawai Perak FC selesai minggu depan


MASALAH tunggakan gaji yang dialami pemain dan pegawai Perak FC diselesaikan selewat-lewatnya pada Selasa minggu hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed berkata kerajaan negeri telah berjaya mendapatkan sumbangan daripada beberapa syarikat GLC untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

“Kerajaan Negeri telah mendapat sumabngan daripada syarikat-syrikat GLC yang turut sama mahu membantu dalam menyelesaikan isu ini.

“Ini merupakan komitmen kerajaan negeri untuk menjaga kebajikan para pemain dan pegawai Perak FC,” katanya dipetik menerusi laporan yang dikeluarkan Suara Perak, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat bersama Menteri Besar dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) di Bangunan Seri Ridzuan di sini hari ini.

Shahril berkata pertemuan tersebut juga turut menzahirkan komitmen kerajaan negeri untuk terus membantu pasukan Perak FC.

“Hari ini kita lebih kepada ingin menzahirkan komitmen kerajaan negeri kepada bola sepak kita.

“Dalam masa yang sama, kita juga meminta supaya kami juga turut terlibat dalam pengurusan PAFA dan Perak FC.

“Sebenarnya penglibatan kami bukanlah untuk mempolitikkan sukan ini tetapi lebih kepada membantu pasukan kita untuk berjaya,” ujarnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment