Antarabangsa Permotoran

Hafizh selamat jalani pembedahan


PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah selamat menjalani pembedahan tangan kanannya bagi mengeluarkan dua plat besi yang  tertanam di tangannya sejak enam tahun lalu selepas mengalami kemalangan di Grand Prix Valencia 2015.

Pembedahan yang diadakan pada jam 9 pagi dan selesai kira-kira lima jam setengah kemudian. Hafiz turut mengucapkan penghargaan kepada jururawat dan doktor yang melakukan pembedahan itu.

Hafizh yang menyertai pasukan NTS RW Racing GP pada musim ini mengharapkan pembedahan ini akan memberikan keselesaan buatnya mengharungi kempen 2021 yang dijadual membuka tirainya bulan depan dengan lebih selesa.

Kempen 2021 dijadual bermula dengan ujian rasmi pada 19 Mac ini di Litar Antarabangsa Losail, Qatar sebelum pusingan pembuka tirai berlangsung di litar sama, seminggu selepas itu.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading