Rencana Semasa Terkini

Nicol raih Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nicol muncul pemenang selepas meraih 318,943 undian.

JUARA dunia lapan kali, Datuk Nicol David telah dinobatkan sebagai Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman, malam tadi.

Dalam pengundian dalam talian, pemain berusia 37 tahun itu menjadi pilihan yang paling popular kerana dia mendapat 318,943 undi untuk membawa pulang anugerah itu.

Nicol meninggalkan jauh atlet tarik tali Ireland, James Kehoe, yang mendapat 113,120 undi; sementara jaguh powerlifter Ukraine, Larysa Solovlova menduduki tempat ketiga dengan 80,790 undi.

Anugerah ini adalah pengiktirafan hebat kepada anak jati Pulau Pinang itu yang telah memenangi semua acara besar sebelum bersara pada tahun 2019.

Antara pencapaiannya ialah tiga pingat emas Sukan Dunia di Duisburg (2005), Kaohsiung (2009) dan Cali (2013).

Sepanjang karier yang merangkumi hampir 20 tahun, Nicol telah merangkul gelaran dunia sebanyak lapan kali dan juga memegang rekod sebagai Pemenang No. 1 Dunia terpanjang setelah kekal di kedudukan itu selama 108 bulan berturut-turut.

Dia juga memenangi dua pingat emas Sukan Komanwel dan tujuh gelaran Sukan Asia.

Pada Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA), Nicol telah mengumpulkan 81 gelaran, dengan gelaran terakhirnya adalah Terbuka Ciudad de Floridablanca di Colombia pada tahun 2017.

Pada masa ini, Nicol berpusat di Colombia dan juga banyak terlibat dalam program yang mendorong kanak-kanak perempuan dan wanita terbabit dalam sukan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: