Antarabangsa Semasa Terkini

Kejayaan Nicol inspirasi dan motivasi atlet negara

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Reezal berkongsi kegembiraan yang diraih Nicol dalam akaun media sosial rasmi miliknya

 

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mahu atlet-atlet negara menjadikan kejayaan diraih bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia sebagai inspirasi dan motivasi.

Berkongsi kegembiraan ini dalam akaun media sosial rasmi miliknya, Reezal berkata, pemilihan ini merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan negara dan selayaknya diberikan kepada Datuk Nicol Ann David.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana bersama-sama memastikan Ratu Skuasy negara mendapat jumlah undi yang tertinggi sejak pengundian mula dibuka pada Januari yang lalu.

“Pemilihan ini merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan negara dan selayaknya diberikan kepada Datuk Nicol Ann David.

“Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada atlet-atlet negara untuk terus berusaha serta mengukir pencapaian yang terbaik dalam setiap kejohanan yang disertai,” ujarnya.

Ratu Skuasy negara itu telah dinobatkan sebagai Atlet Terunggul Sepanjang Zaman oleh The World Games dengan sebanyak 318,943 undian.

Keputusan yang membanggakan negara ini telah diumumkan di Twitter rasmi The Worlds Games semalam.

Untuk rekod, Nicol Ann David pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008 serta gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005,2006, 2008, 2009 dan 2010.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: