
AHLI politik tanah air diingatkan supaya tidak merosakkan bola sepak negara.
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi amaran keras tersebut ketika menjawab soalan peminat bola sepak tanah air pada sesi soal jawab santai menerusi akaun Instagram Story miliknya, semalam.
“Dah merosakkan negara jangan sibuk nak merosakkan bola sepak,” kata Tunku Ismail.
Beliau berkata demikian selepas diajukan soalan apa pendapat beliau mengenai ahli politik yang mahu bertanding dalam Kongres FAM yang akan datang.
Kongres FAM ke-57 dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Mac ini dan akan menyaksikan pemilihan barisan kepimpinan baharu badan induk itu.





Add Comment