Antarabangsa Bola Sepak

Kabak pernah kantoi meludah pemain lawan


Kabak pernah meludah pemain Bremen di saingan Bundesliga tahun lepas.

SALAH seorang pemain baru Liverpool yang direkrut saat akhir semalam pernah dihukum larangan bermain empat perlawanan gara-gara meludah lawan pada musim ini.

Dilapor Caught Offside, Ozan Kabak adalah pemain yang pernah menimbulkan masalah akibat meludah.

Insiden itu berlaku pada bulan September lalu, ketika ia bermain untuk Schalke.

Pada aksi tersebut, Schalke kalah 1-3 kepada Werder Bremen. Ozan Kabak menerima kad merah selepas mengutip dua kad kuning.

Dan kemudiannya, dia terpaksa menjalani larangan bertanding empat perlawanan kerana insiden meludah.

Kabak menggunakan fizikal ke atas Ludwig Augustinsson hingga jatuh tergolek ! Pada waktu itulah Kabak kantoi meludah lawannya!

“Saya belum pernah melakukan sesuatu seperti ini dan tidak akan melakukannya lagi kerana itu bukan sebuah tindakan sporting. Apapun, saya dah minta maaf kepada Ludwig,” kata Ozan Kabak pada saat itu.

Kabak baru sahaja diumumkan sebagai pemain baru Liverpool. Lelaki berusia 20 tahun ini miliki tujuh caps bersama pasukan kebangsaan Turki dan direkrut bersama Ben Davies, sebagai langkah mengatasi krisis bahagian pertahanan yang dialami The Reds.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading