
Oleh : MOHD FARIQ
PENYERANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin menjelaskan pertukaran jersi nombor 9 yang diserahkan kepada pemain baharu pasukan, Teddy Chevalier dibuat dengan persetujuan bersama.
Jelasnya tidak timbul campur tangan pengurusan malah dia dengan sendiri menyerahkan nombor berkenaan sebagi menghormati pemilik jersi berkenaan sebelum ini.
“Tidak timbul isu perebutan jersi nombor 9 ini, segalanya dilakukan dengan persetujuan bersama, saya sendiri secara sukarela menyerahkan kepadanya.
“Satu penghormatan buatnya memandangkan Teddy adalah legenda pasukan,” jelasnya kepada CAKAPSUKAN, sebentar tadi.
Chevalier merupakan salah satu penyerang terbaik yang pernah dimiliki oleh Kortrijk dimana beliau telah menjaringkan 52 gol sepanjang empat musim beraksi bersama pasukan itu.
Sebelum ini Teddy telah menyertai pasukan Valenciennes FC pada 2019 dengan meledak 15 gol hasil 44 penampilan sebelum dia kembali semula menyarung jersi KV Kortrijk musim ini.

Pemain kelahiran Kota Bharu Kelantan ini juga kini giat menjalani latihan bersama rakan bagi merebut tempat dalam pasukan.
“Selepas pulih dari kecederaan sebelum ini, saya kini gigih menjalani latihan, bersaing secara sihat bersama rakan sepasukan untuk merebut tempat dalam pasukan.
“Persefahaman dengan rakan sepasukan juga telah serasi dan saya akan tetap bersabar serta berusaha menempatkan diri,” jelasnya.
Kali terakhir Luqman beraksi bersama pasukannya adalah ketika menentang RSC Anderlecht sebelum dia mengalami kecederaan otot ketika sesi latihan sehari selepas aksi berkenaan menyebabkannya dinasihatkan berehat selama tiga minggu.
Pada perlawanan tersebut, Luqman melakar sejarah menjadi pemain pertama Malaysia bermain dalam liga utama Eropah bersama KV Kortrijk ketika tewas 3-1.

Dalam perkembangan sama, jurulatih dari Slovakia, Luke Elsner dilantik sebagai jurulatih baru KV Kortrijk serta merta menggantikan Yves Vanderhaeghe yang dipecat semalam.
Beliau akan memulakan tugas sebaik sahaja selesai tempoh kuarantin. Kelab terakhir beliau adalah Amiens Club French League.
(Nota: Mohd. Fariq merupakan penulis sukan bola sepak lebih daripada 20 tahun)





Add Comment