Bola Sepak Terkini

Janji Beom


Beom tekad memastikan NSFC kembali bersaing dalam Liga Super 2022.

 

JODOH pemain kelahiran Korea Selatan, Bae Beom-gun bersama K Devan begitu kuat apabila dia sekali lagi menjadi taruhan pengendali Kelab Bolasepak Negeri Sembilan (NSFC) dalam saingan Liga Malaysia 2021.

Pernah bekerjasama dengan Devan ketika pengendali berkenaan membimbing Petaling Jaya City FC (PJFC) pada 2018 dan 2019, pemain yang mampu beraksi diposisi tengah menyerang, sayap dan bertahan ini mempertaruhkan pengalaman dalam saingan sebelum ini.

“Saya mengenalinya (Devan) sebelum ini dan kami mudah bekerjasama, jadi apabila mendapat panggilan darinya untuk memperkuatkan pasukan, saya menerimanya.

“Impian saya pastinya membantu pasukan kembali menempatkan diri dalam saingan Liga Super 2022, ” ujarnya dipetik melalui FB NSFC. 

Selain Beom-gun, NSFC turut diperkuatkan dengan barisan pemain import iaitu, Diogo Gomes (penyerang) dan Fernando Barbosa (Pertahanan) dari Brazil serta Thierry Akono dari Cameroon (Penyerang).

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment