
LIVERPOOL telah bersetuju dengan bayaran £ 2 juta dengan kelab Preston North End untuk pemain pertahanan, Ben Davies.
The Reds sebenarnya memantau secara mendalam pemain pertahanan sepanjang jendela perpindahan pemain bulan Januari yang berakhir semalam.
Ia berikutan berikutan kecederaan yang dialami Fabinho dan Joel Matip hingga menyebabkan Jurgen Klopp terpaksa mencari alternatif lain.
Perbincangan mengenai Davies berlangsung sepanjang hujung minggu dan bayaran telah dipersetujui antara kelab dan perjanjian itu akan menyaksikan Sepp van den Berg menuju ke Deepdale sebagai pemain pinjaman untuk baki musim Liga Kejuaraan.
Klopp ketika sesi wawancara kepada Liverpool FC selepas perlawanan, berasa ‘malu’ ketika ditanya mengenai Davies setelah kemenangan pasukannya 3-1 di West Ham.
“Ben Davies? (Dia bermain untuk) Tottenham?” kata Klopp secara bergurau.
“Tidak ada yang boleh dikatakan mengenainya. Saya katakan sepanjang masa, dalam situasi kita, itu masuk akal.
“Mata kami selalu terbuka dan kami berusaha memperbaiki keadaan kami.”
Davies kini akan menjalani ujian perubatan pada hari Isnin (waktu United Kingdom) sebelum berpindah ke juara Liga Perdana Inggeris itu.





Add Comment