
RONALD Koeman, yang merupakan jurulatih Barcelona, menilai media El Mundo sengaja membocorkan maklumat lengkap kontrak Lionel Messi atas dasar berniat jahat.
Seperti diketahui, baru-baru ini surat khabar terkenal Sepanyol itu mendedahkan nilai kontrak Messi yang nilainya tidak masuk akal.
Akibatnya, pihak Los Blaugrana geram dan memberi amaran kepada El Mundo.
Namun Koeman gembira kerana Messi tidak terpengaruh dengan isu berkenaan dan dia tetap menunjukkan persembahan terbaik dengan menghantar pasukannya mengalahkan Athletic Bilbao 2-1, awal pagi semalam.
Selain Messi, Antoine Griezmann juga turut mencatatkan namanya di papan jaringan.
Selepas pertandingan, Koeman mengecam sekeras-kerasnya terhadap media yang mempunyai niat merosakkan reputasi Messi.
“Kita semua sudah faham, banyak yang ambil kesempatan, Messi adalah pemain terbaik dunia.
“Sudah begitu banyak yang disumbang Messi untuk kelab ini. Dia banyak membantu menentukan dalam banyak pertandingan. Dia kurang bermotivasi hari ini (kerana kebocoran kontrak yang dikeluarkan El Mundo).
“Anda seharusnya menghormati segala yang telah dilakukannya,” kata Koeman.
Kini, pengendali asal Belanda itu menggesa pemain Barcelona fokus dan bersatu hati.
“Segala yang didedahkan harus kita abaikan. Tapi memang sukar. Dia adalah pemain hebat, dia memberi kami kreativiti dalam menyerang.
“Tanpa Leo, anda tidak boleh banyak mencapai cita-cita,” jelasnya lagi.





Add Comment