Bola Sepak Semasa Terkini

Penghargaan amat besar buat kami sekeluarga

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh Mohd Fariq

ANAK lelaki legenda bolasepak negara dan Selangor, Reza Mokhtar Dahari menyifatkan pelancaran jersi baharu (Home) Selangor FC 2021 yang memaparkan gambar lakaran muka arwah ayahnya, Mokhtar Dahari satu penghargaan yang amat besar buat mereka sekeluarga.

Tidak sama sekali menyangka pengiktirafan diberikan Selangor FC, Reza amat terharu dan bangga serta pada masa terkejut dengan penghormatan ini.

“Ini satu penghargaan yang amat besar bagi arwah ayah saya selepas selepas kali terakhir di pentas final 1986 Piala Malaysia di Stadium Merdeka di mana Selangor mengalahkan Johor 6 1.

Seluruh keluarga termsuk ibu saya  (Tengku Zarinah Tengku Ibrahim) amat amat terharu dan berterima kasih pada Selangor FC.

“Kami tidak pernah terfikir arwah ayah akan dapat penghargaan sebegini sehingga baru baru ini saya di panggil untuk membuat sessi photographi bersama Rusdi Suparman, Lim Chuan Chin dan Azlan Johar untuk promosi jersi baru,” ujarnya kepada CAKAPSUKAN, sebentar tadi.

Reza semasa itu berumur 5 tahun, di samping arwah bapanya ketika itu, 1986 Piala Malaysia Akhir di stadium merdeka selepas perlawanan.

 

Reza, 40, yang kini bertugas di Bahagian Korporat UMW Corporation Sdn Bhd dan kali terakhir bermain selaku penyerang Selangor pada 2004 percaya penghargaan yang diberikan kepada ayahnya berdasarkan jasa-jasanya kepada bola sepak negara dan Selangor.

“Kami amat bangga, pasti arwah banyak jasa pada Selangor dan bolasepak Malaysia. Gembira bercampur sedih walaupun hampir 30 tahun ayah meninggalkan kami semua tetapi bagi ia seolah-olah baru.

“Terima kasih kepada pengurusan Selangor FC yang memberikan penghargaan ini dan selamat maju jaya diucapkan,” jelas ayah kepada dua anak perempuan dan seorang lelaki.

Sementara itu pada majlis pelancaran jersi baharu Selangor FC yang diperkenalkan secara maya sebentar tadi, Selangor FC memilih design dan corak yang sama seperti pada tahun 1986.

Ini sempena memperingati arwah Mokhtar yang amat sinonim dengan bolasepak Selangor dan Malaysia sekali.

**Mohd Fariq mempunyai pengalaman sebagai penulis bolasepak Selangor lebih 25 tahun

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: