
LEGENDA Manchester United, Roy Keane terkejut dengan prestasi buruk skuad The Red Devils di Emirates, pagi tadi.
Para pemain United juga kelihatan seakan takut bersaing dengan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.
Pasukan Ole Gunnar Solskjaer sekadar seri tanpa jaringan bertemu Arsenal sehingga makin ketinggalan mata dari Manchester City yang menumbangkan Sheffield United 1-0.
Meskipun sejak kebelakangan ini berjaya meraih hasil positif sehingga melonjak ke puncak liga, United hanya menang sekali dalam empat pertandingan terakhir dan Keane menilai pasukan Solskjaer harus segera mendapatkan kepercayaan diri mengeksploitasi kelemahan Arsenal untuk meraih tiga mata di London.
“Saya menggaru kepala kerana United. Kerisauan terbesar saya terhadap mereka adalah soal kepercayaan diri untuk memenangi perlawanan.
“Ini Manchester United dan anda melihat Arsenal yang kehilangan sejumlah pemain kunci. Saya tahu hal tersebut tidak boleh menjamin kemenangan tetapi kesempatan itu ada. Secara keseluruhan, permainan mereka kurang intensiti.
“Tidak ada alasan. Kita semua mengatakan United kalah kepada Sheffield United, tidak ada penyokong di stadium, jadual padat.
“Tetapi kurangnya kualiti dari Manchester United pada hari ini, kurangnya keyakinan untuk memenangi pertandingan membuatkan Arsenal layak meraih keputusan seri,” ujarnya di Sky Sports.
Keane juga mempersoalkan pemain United adakah mereka mampu menjuarai liga dan bersaing dengan Manchester City.
“Pemain kelihatan takut akan tentangan itu dan membuat saya berfikir adalah mereka tidak sedia (dalam buruan trofi EPL),” ujarnya lagi.





Add Comment