Antarabangsa Bola Sepak

Sentuhan Tuchel ubah rentak Chelsea

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tuchel terap penguasaan bola untuk skuad The Blues.

PENGURUS baharu Chelsea, Thomas Tuchel mengakui berpuas hati dengan pemain walaupun sekadar seri tanpa jaringan menentang Wolverhampton Wanderers pada perlawanan sulungnya di Stamford Bridge.

Tuchel dilantik sebagai pengganti Frank Lampard pada Selasa lepas setelah kelab tersebut mengalami rentetan keputusan buruk dalam beberapa pertandingan terakhir.

The Blues era Tuchel tampil dominan dalam penguasaan bola melawan Wolves, dengan mereka memiliki 78 peratus kawalan bola namun gagal menembusi barisan pertahanan lawan.

Keputusan seri itu meletakkan Chelsea pada kedudukan kelapan liga dan bekas jurulatih PSG itu yakin mereka sebenarnya boleh mengutip tiga mata.

“Saya suka dengan intensitinya, sikapnya, energinya dan kualiti daripada para pemain. Kita semua tampil lebih organisasi, memiliki banyak penguasaan bola dan tidak pernah kekurangan intensiti.

“Kami semakin baik dari minit ke minit di babak kedua. Saya sangat senang dengan prestasi pasukan, sayangnya kami tidak mampu mencetak gol. Jika kami mempertahankan penampilan seperti ini, akan dapat hasilnya,” kata Tuchel kepada BBC Match of the Day selepas tamat permainan.

Perlawanan berikutnya, The Blues akan menyambut kehadiran Burnley hujung minggu ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: