Antarabangsa Bola Sepak

Oliver Burke rentap ego United

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Burke sumbat gol kemenangan Sheffield di Old Trafford, sebentar tadi.

SEGALANYA tampak tidak menjadi buat Manchester United apabila ketinggalan gol awal pelawat pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sebentar tadi.

Akhirnya, skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu meratapi kekalahan 1-2 kepada kelab tangga tercorot, Sheffield United.

Kean Bryan mencetuskan gol Sheffield minit ke-23 sebelum Harry Maguire menyamakan kedudukan di babak kedua.

Pemain gantian, Oliver Burke muncul hero Sheffield dengan menyumbat masuk jaringan kemenangan minit ke-74.

The Red Devils kekal tangga kedua liga dan mengutip 40 mata, kurang satu mata di belakang pendahulu kelab sekota, Manchester City.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: