Bola Sepak

KDA FC cari tonik keyakinan Piala AFC


Aidil ketika mengendalikan sesi latihan KDA FC baru-baru ini. Foto : FB Kedah Darul Aman FC

KELAB utara tanah air, Kedah Darul Aman (KDA) FC perlu mengekalkan momentum yang baik di Liga Super sebelum mencari tonik keyakinan dalam Piala AFC nanti.

Undian semalam menyaksikan skuad KDA FC itu ditempatkan dalam Kumpulan H bersama Lion City Sailors FC dan Saigon FC serta pemenang playoff.

“Kita harus fokus kepada pasukan kita, diundi dalam kumpulan menentang pasukan hebat contohnya Lion City Sailors FC yang musim ini membeli pemain import dari Eropah, pernah beraksi di Liga Utama Portugal, perpindahan pemain ini yang bernilai sehingga RM3 juta, mereka cukup serius mempersiapkan pasukan terutamanya cabaran kejohanan Piala AFC musim ini.

“Saigon FC dari Vietnam juga kuat, berbelanja besar ketika pra-musim, InsyaAllah kita akan buat yang terbaik, yang paling penting, kita perlu ada momentum yang baik di Liga Super dahulu, baru kita dapat lebih keyakinan dalam Piala AFC nanti,” ujar Ketua Jurulatihnya KDA FC, Aidil Sharin Sahak dipetik dalam Facebook Kedah Darul Aman FC.

Aidil juga melahirkan rasa teruja dapat bertemu kembali pasukan yang pernah dikendalikan (Home United FC yang kini dikenali sebagai Lion City Sailors FC) dalam Piala AFC, layak pula ke pentas akhir sebanyak dua kali.

“Sebenarnya amat penting dapat bertembung dengan pasukan ini di gelanggang sendiri dan lawan, namun kerana pandemik COVID-19, kita tahu, AFC menetapkan semua perlawanan akan berlangsung di venue berpusat pada 22 hingga 28 Jun nanti,” katanya menyifatkan Lion City Sailors FC adalah pasukan pilihan dalam Kumpulan H.

Untuk rekod, KDA FC pernah mencuba untuk melepasi peringkat kumpulan ACL 2020 namun gagal selepas tewas kepada Seoul FC dalam perlawanan Play-Off.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading