Bola Sepak Semasa Terkini

MFL kemukakan permohonan kebenaran pasukan jalani latihan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

SUBKHI SUDARJI

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) akan mengemukakan permohonan kebenaran pasukan memulakan latihan dua minggu sebelum saingan sepak mula yang dijadualkan 5 Mac nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Abd Ghani Hassan berkata kepada CAKAPSUKAN, perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan diadakan Isnin ini.

“Permohonan dengan SOP baharu akan dibentang Isnin ini dengan mengambil kira situasi semasa selepas tamatnya tempoh perlaksanaan PKP, 4 Februari nanti.

“Kebiasannya memang pasukan memerlukan dua minggu untuk menjalani latihan dan pra perlawanan sebelum saingan sepak mula Liga Malaysia 2021 bermula.

“Elemen ini akan kita bincangkan pada pertemuan Isnin ini bersama SOP baharu,” jelasnya dihubungi sebentar tadi.

Untuk rekod, sebelum ini MFL memaklumkan saingan Liga Malaysia 2021 yang dijadualkan bermula 26 Februari ini ditunda kepada 5 Mac susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengambil kira saingan yang bakal bermula 5 Mac itu nanti, jika permohonan kebenaran diluluskan, semua pasukan akan menjalani latihan  pada 19 Februari 2021.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: