Bola Sepak Semasa Terkini

Elissetche mahu kes diselesaikan di Mahkamah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Zhafri (dua,kanan) bersama anak guamnya, Elissetche (dua,kiri) pada sidang media dipejabatnya, semalam.

BEKAS pengendali Kuala Lumpur United FC (KLFUC), Simon Elissetche yang ditamatkan kontrak tanpa alasan yang munasabah dan didakwa memiliki lesen profesional yang tidak sah mahu kes ini diselesaikan melalui mahkamah.

Peguam yang mewakilinya, Mohd Zhafri Aminurashid berkata kepada CAKAPSUKAN , jika benar Kuala Lumpur FA dan KLUFC jujur dan ingin berbincang mereka seharusnya telah lama berbuat dan bukannya selepas anak guamnnya membuat sidang media.

“Perlulah bersikap profesional, bayangkan Elissetche sampai di Malaysia pada 22 Disember dan diarahkan menjalani kuartin sehingga 28 Disember. Pengendali dari Chile ini bagaimanapun diarahkan tidak turun bersama pasukan menjalani latihan sehingga 4 Januari 2021.

“Dia ikut apa arahan ketika itu namun pada 8 Januari dia menerima surat memaklumkan niat untuk tidak meneruskan kontrak yang telah ditandatangani,” ujarnya sebentar tadi.

Mohd Zhafri berkata, selepas itu anak guamnya dibiarkan begitu sahaja sehingga semalam dia membuat sidang media mengenai perkara ini.

“Mereka (KLFA / KLUFC) seharusnya berjumpa dengan kita untuk berbincang perkara ini. Jadi kenapa bila kita dah buat sidang media mereka baru mengambil maklum balas.

“Anak guam saya mahu perkara ini diselesaikan dalam mahkamah,” ujarnya mengulas kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa yang meminta Elissetche datang berbincang dengan badan induk bolasepak negeri itu berhubung sama RM3.5 juta yang telah dikemukakannya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Zhafri mahu pihak yang sebelum ini membuat kenyataan tidak benar mengenai sijil kejurulatihan anak guamnya itu membuat permohonan maaf  sekiranya mendapat makluman yg salah dari mana-mana  pihak.

“Saya telah menghantar surat kepada KLUFC dan akhbar yang menyiarkan berita mengenai isu ini pada 26 Januari lalu yang meminta penjelasan lanjut,” ujarnya.

Pada sidang media semalam, Elissetche menuntut KL United membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta secara keseluruhan selepas jurulatih daripada Chile itu ditamatkan kontrak tanpa alasan yang munasabah dan didakwa memiliki lesen profesional yang tidak sah.

Jumlah ini merangkumi dua tindakan iaitu tindakan sivil atas kenyataan fitnah yang dikeluarkan mengenai kelayakan Elissetche yang memberi kesan kepada kariernya di mana ada pasukan yang mahukan khidmatnya tertanya-tanya kerana takut lesen tidak sah.

“Tuntutan kedua adalah kepada FIFA di mana kes ini jelas menunjukkan berlakunya pelanggaran kontrak kerana kontrak sudah ditandatangani namun atas sebab yang hanya diketahui mereka, mereka tidak meneruskan kontrak bersama Simon.

“Kita akan meminta ganti rugi dengan anggaran RM500,000 untuk kes FIFA selain pampasan RM3 juta untuk tuntutan sivil,” jelas Mohd Zhafri.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: