Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool bakal lanjut kontrak Van Dijk, Fabinho

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Van Dijk, Fabinho tetap menjadi aset Liverpool.

KONTRAK Virgil Van Dijk bersama Liverpool ketika ini berakhir pada musim panas 2023. Begitu juga dengan Fabinho juga akan berakhir pada akhir bulan Jun tahun 2023.

Menurut wartawan tersohor Itali, Fabrizio Romano, kelab itu mula bercakap dengan Van Dijk dan Fabinho mengenai menandatangani perjanjian baru.

Romano memberitahu kepada Anfield Watch: “Sangat sukar untuk melanjutkan kontrak ketika ini dalam suasana bola sepak dilanda wabak (Covid-19) dan segalanya.

“Liverpool merancang dan saya fikir dalam beberapa bulan akan datang mereka bermula dengan Van Dijk dan kemudian Fabinho.

“Mereka sedang mengusahakannya. Tidak akan begitu pantas (kerana kesan kewangan wabak) tetapi mereka mula bercakap dengan Van Dijk dan Fabinho. ”

Pencapaian dua pemain yang membantu The Reds menjulang Piala Super, Piala Dunia Kelab FIFA dan gelaran Liga Perdana Inggeris menunjukkan bahawa mereka telah menyumbang kepada kejayaan kelab.

Oleh itu, tidak sangsi lagi mereka pasti mendapat tawaran baru, jadi senanglah pihak pengurusan Liverpool ingin duduk mendengar dan menawarkan kontrak baru kepada mereka.

Sekarang, terserah kepada kebijaksanaan kelab untuk memastikan Van Dijk dan Fabinho setuju menandatangani kontrak untuk Liverpool.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: