
BEKAS pengendali Kuala Lumpur United FC (KLUFC), Elissetche Correa Simon Pablo menuntut pampasan hampir setengah juta dari bekas majikannua itu ekoran penamatan kontrak dan kenyataan yang mencalar imejnya.
Jelasnya, dia datang ke Malaysia dengan niat baik untuk terus mencapai kejayaan dalam kariernya sebagai jurulatih bola sepak.
“Saya berada di saat yang sangat baik, dengan usia dan pengalaman yang tepat. Saya tiba di Kuala Lumpur dengan bersiap sedia untuk menunjukkan metodologi kerja saya dan mencapai keputusan positif untuk kelab dan bola sepak Malaysia.
“Saya merasa sangat kecewa apabila kelab menghantar surat dengan mengatakan bahawa kelab Kuala Lumpur United FC tidak akan mengupah saya.
“Kekecewaan itu bertambah dan bertambah apabila mereka menyiarkan berita yang mengatakan bahawa alasan mereka tidak mengambil saya adalah kerana lesen saya tidak memenuhi syarat AFC.
“Dengan tindakan yang saya mulakan dengan peguam, saya ingin membersihkan nama saya dan menunjukkan kepada semua orang kemampuan dan profesionalisme saya sebagai jurulatih,” ujarnya ditemui sebentar tadi.
Berita lanjut akan menyusul….






Add Comment