
INTER Milan layak ke peringkat separuh akhir Piala Itali dengan kemenangan 2-1 mengatasi AC Milan, awal pagi tadi.
Perlawanan itu bagaimanapun dibayangi insiden panas hingga memaksa Zlatan Ibrahimovic di buang padang.
Milan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Zlatan pada babak pertama sebelum Romelo Lukaku menyamakan kedudukan dengan gol penalti minit ke-71.
Christian Eriksen yang masuk dari bangku simpanan menjaringkan gol saat akhir untuk membantu Inter keluar sebagai pemenang.







Add Comment