Bola Sepak Semasa Terkini

Pengadil Malaysia terus dapat pengiktirafan FIFA

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

SERAMAI 19 orang pengadil dari Malaysia telah dipilih dan diperkenankan oleh Panel Pengadil Antarabangsa, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2021 ini.
Mereka yang dipilih itu terdiri daripada lima orang Pengadil, sembilan orang Penolong Pengadil termasuk seorang wanita, tiga orang Pengadil Futsal dan dua orang Pengadil Bola Sepak Pantai.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, bagi kategori Pengadil, lima individu berkenaan ialah Mohd Amirul Izwan Yaacob yang merupakan Pengadil FIFA sejak 2012, Mohd Nazmi Nasaruddin (sejak 2016), Suhaizi Shukri (sejak 2011), Razlan Joffri Ali (sejak 2018) dan Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah (sejak 2019).
Katanya lagi, Kategori Penolong Pengadil pula dibarisi oleh Mohd Yusri Muhamad, Mohd Muazi Zainal Abidin, Mohd Shahreen Che Omar, Mohd Harif Md Akhir, Mohd Arif Shamil Abd Rasid, Mohd Zairul Khalil Tan, Mohd Farhan Abdul Aziz, Muhamad Shafiq Ahmad Said dan seorang penolong pengadil wanita, Nur Akmal Anuar.
“Tiga Pengadil Futsal pula terdiri daripada Helday Idang, Mohd Ridzuan Rozali dan Mohd Norafendy Norhayalan manakala dua Pengadil Bola Sepak Pantai menampilkan Suhaimi Mat Hassan dan Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim.
“Di samping itu, Mohd Amirul Izwan turut telah ditauliahkan untuk dilantik sebagai Video Match Official (VMO), manakala Mohd Yusri telah memperoleh tauliah sebagai Penolong Pengadil bagi perlawanan yang melibatkan Video Assistant Referee (VAR),” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, FAM memgharapkan kesemua 19 orang pengadil yang dipilih oleh FIFA ini dapat menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan cemerlang di sepanjang tahun 2021 ini demi membawa nama Malaysia di persada antarabangsa.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: