
PARIS Saint-Germain (PSG) membelasah Montpellier 4-0, dan menjadi perlawanan ke-100 untuk Neymar bersama kelab itu.
Kemenangan berkenaan juga mengukuhkan skuad kendalian Mauricio Pochettino di carta Ligue 1 ketika ini.
Neymar menjaringkan gol kedua untuk PSG dan meraikan jaringan dengan gaya tersendiri.
Montpellier beraksi kurang satu pemain apabila penjaga gol, Jonas Omlin dibuang padang kerana mengasari Mbappe.
Les Parisiens kini tiga mata di depan pasukan tangga kedua, Lille, yang akan berdepan Rennes tengah malam ini.
Add Comment