Antarabangsa Bola Sepak

Klopp ingin beli pemain, tapi Liverpool….

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ozan Kabak dalam perhatian Klopp namun pihak pengurusan The Reds belum beri kata putus.

JUERGEN Klopp secara tersirat akui memang memerlukan pemain baru pada jendela perpindahan sepanjang Januari ini.

Tapi, keputusan akhir jual-beli pemain berada di tangan kelab.

Liverpool mengalami krisis kecederaan pemain pertahanan setelah dua tonggak utamanya, Virgil van Dijk dan Joe Gomez, tersisih untuk tempoh yang lama kerana mengalami kecederaan ligamen lutut.

Ia termasuk Diogo Jota yang juga berdepan kecederaan sekali gus mempengaruhi presasi pasukan musim ini.

Setakat ini, The Reds sudah lima perlawanan tanpa kemenangan di Liga Perdana Inggeris dan rekod tanpa kalah mereka di Anfield lebur ditumbangkan Burnley.

Oleh sebab itulah, Liverpool dinilai harus membawa masuk pemain baru demi menyelamatkan maruah kelab musim ini.

Akan tetapi, pandemi virus corona membuat pihak pengurusan tidak boleh membeli pemain baru kerana melibatkan faktor kewangan kelab

“Tidak semuanya adalah keputusan saya. Saya tidak boleh memutuskan adakah kami akan belanja pemain atau tidak.

“Tentunya maksud saya adalah ada yang membuat keputusan. Kami selalu bercakap perkara ini setiap hari, adakah kami boleh meningkatkan pasukan lebih baik atau tidak.

“Tapi, tentu saja wang bukanlah kuasa saya. Saya tidak pernah melakukan itu. Apakah ini akan menjadi berita?,” ujar Klopp seperti dipetik Sky Sports.

Semenjak Van Dijk dan Gomez cedera, Liverpool dikaitkan dengan beberapa pemain pertahanan seperti Dayot Upamecano, Ozan Kabak, dan Sven Botman.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: