
PASANGAN beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terus mengibarkan bendera Malaysia di pentas akhir apabila menewaskan pasangan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada saingan separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Thailand Toyota di Impact Arena, Bangkok, hari ini.
Namun nasib berbeza dialami pasangan beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheah Yee See serta beregu wanita Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean apabila tewas kepada lawan masing-masing dari Korea Selatan pada aksi yang berlangsung sebentar tadi.
Gandingan Aaron dan Wooi Yik menang 2-0 ke atas lawan dari India itu dengan kiraan mata 21-18, 21-18 .

Selepas melakar kejutan menewaskan pasangan nombor lapan dunia Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja pada pusingan suku akhir semalam dalam aksi beregu campuran, kemaraan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See ke pentas akhir tidak kesampaian apabila kecundang 9-21 dan 16-21 kepada pasangan dari Korea Selatan , Seo Seung Jae-Chae Yujung yang merupakan pilihan keempat kejohanan.

Dalam acara beregu wanita pula, walaupun pasangan negara cuba memberikan tentangan namun terpaksa akur dengan kehebatan lawan dari Korea Selatan apabila tewas dengan 17-21 dan 6-21.





Add Comment