Bola Sepak Komentar Semasa

‘Jangan bikin Harimau Menangis’

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sokongan pihak kerajaan jadi penentu skuad kebangsaan layak ke pentas Piala Asia 2023

Oleh MOHD. FARIQ

SEDAR atau tidak pandemik Covid-19 telah pengajaran kepada kepada semua manusia sejagat.

Siapa sangka penangan pandemik ini sebenarnya lebih teruk daripada peristiwa pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki yang berlaku di Jepun pada tahun 1945.

Masakan tidak bukan hanya Malaysia tetapi seluruh dunia terjejas selepas wabak ini dikesan bermula di Wuhan, China pada tahun lalu yang mengakibatkan gangguan kepada sosioekonomi global.

Namun pejam celik sudah setahun kita ‘bersama’ pandemik ini dan sedikit demi sedikit kita semua cuba bangkit menentang musuh yang tidak terzahir dengan mata kasar ini.

Suka atau tidak kita terpaksa menelan hakikat bahawa pandemik Covid-19 memaksa kita semua hidup dalam norma baharu di mana kit penggunaan pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan amalan penjarakan fizikal.

BOLA SEPAK SEBAHAGIAN JIWA RAKYAT MALAYSIA

Apa yang pasti sektor sukan di Malaysia tidak terkecuali di mana kesemua sukan tidak dapat dijalankan ekoran saranan daripada pihak kerajaan yang mahu memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Namun bola sepak telah berjaya membuktikan sesuatu di mana sepanjang pengelolaan Liga Malaysia musim 2020 tidak mencetuskan sebarang kluster berlaku.

Biarpun Liga Malaysia sekadar berjalan 11 perlawanan sahaja melibatkan Liga Super dan Liga Premier musim lalu, kelab-kelab telah berjaya mengarahkan setiap kelab mematuhi Operasi Standard Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai usaha memastikan Liga Malaysia bebas daripada sebarang wabak ini.

Apa yang pasti, kita sebenarnya telah nampak sinar di sebalik kelam pandemik ini di mana sebenarnya sektor sukan terutama bola sepak cukup disiplin mematuhi SOP yang telah ditetapkan daripada pihak kerajaan.

Secara tidak langsung ia menarik perhatian penulis dengan cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengadakan perbincangan dengan persatuan bola sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand dan Vietnam bagi mendapatkan penyelesaian mengenai status aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Mac ini.

Langkah ini susulan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang memberikan kebenaran kepada semua pasukan dalam kempen kelayakan untuk berbincang dan memutuskan sama ada perlawanan berkenaan boleh berlangsung mengikut jadual yang dirancang atau tidak.

Terbaharu, AFC telah mengesahkan bahawa mereka memberikan kebenaran kepada mana-mana pasukan untuk menjadi hos atau penganjur kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 wajib memenuhi tiga syarat utama.

Pertama, penganjur berkenaan harus menyediakan terbaik disusuli kedua, harus menyediakan satu pusat dengan SOP paling terbaik dan terakhir, tiada tempoh kuarantin bagi semua pegawai serta pemain yang bertanding.

Apa yang pasti, penulis yang dimaklumkan kesemua negara telah bersetuju bermain pada Jun depan kecuali Vietnam, masing-masing memberikan tanda minat untuk menjadi penganjur kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 bagi saingan Kumpulan G.

KEBENARAN KERAJAAN BAKAL PENCETUS SEMANGAT HARIMAU MALAYA

Di sini penulis merayu kepada pihak kerajaan di mana pihak kerajaan bakal memainkan peranan penting dalam memastikan cadangan ini dapat direalisasikan demi agenda national.

Bukan apa, skuad negara berada dalam landasan terbaik untuk layak secara automatik ke saingan Piala Asia 2023 selepas tangga kedua Kumpulan G pusingan kedua dengan mengumpul sembilan mata selepas mengharungi lima daripada keseluruhan lapan aksi kumpulan.

Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas Piala Asia adalah ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007, namun sudah hampir 40 tahun Malaysia gagal meraih slot automatik Piala Asia sejak edisi 1980 di Kuwait.

Justeru ia akan menjadi satu kerugian besar buat skuad Harimau Malaya untuk menamatkan penantian layak ke pentas Piala Asia sebagaimana tahun ini kita sangat memiliki peluang untuk cerah untuk melakukan demikian.

Penulis yakin bahawa penyokong-penyokong tidak akan sesekali membentak hati jika tidak dapat masuk ke stadium asalkan dapat menyaksikan pasukan kebangsaan menyelesaikan misi penting mereka ini.

Keputusan kini terletak di tangan pihak berkuasa tetapi seperti penulis nyatakan di atas, penulis cukup yakin bahawa FAM memiliki kemampuan untuk mengadakan perlawanan kelayakan ini mengikuti setiap SOP yang tetapkan sekali gus menghindari wabak ini terus menular.

Kejayaan itu kita telah saksikan dalam Liga Malaysia tahun lalu dan penulis bersama-sama penyokong tegar Harimau Malaya merayu kepada pihak kerajaan agar memandang serius terhadap cadangan untuk menjadi Malaysia sebagai hab perlawanan kelayakan bagi Kumpulan G.

Dalam masa yang sama, penulis juga merayu supaya pihak kerajaan permudahkan urusan FAM yang telah membuat permohonan untuk mendapatkan vaksin secara terus.

FAM telah pun menghantar permohonan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berhubung pembelian vaksin secara terus dan penulis percaya ini adalah salah satu inisiatif terbaik untuk membantu industri bola sepak tempatan.

Kata pepatah, yang lama dikelek, yang baharu didukung dan penulis yakin bahawa skuad negara mampu merealisasikan misi ini jika mendapat sokongan penuh daripada pihak kerajaan.

Akhir kata, demi lencana di dada!

(Nota: Mohd. Fariq merupakan penulis sukan bola sepak lebih daripada 20 tahun)


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: