Antarabangsa Bola Sepak

Klopp fokus empat teratas EPL

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Klopp fokus misi layak ke Liga Juara-Juara musim ini.

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp mengakui akan menjadi pertarungan yang cukup sulit untuk layak ke Liga Juara-Juara musim ini sebelum mereka dapat memikirkan mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris.

Seri tanpa jaringan menentang Manchester United tempoh hari, kejayaan Leicester City dan Manchester City menang dalam perlawanan masing-masing menyaksikan pasukan Klopp turun ke tangga keempat.

“Saya tahu kerja saya dan tahu apa yang harus dilakukan. Yang paling penting adalah untuk layak ke Liga Juara-Juara dan saya tahu betapa sukarnya.

“Musim ini akan menjadi perlumbaan yang sukar untuk empat teratas. Ya, betul.

“Saya tidak mempunyai idea dan saya tidak dapat memutuskan bagaimana orang melihatnya. Saya tahu bahawa peminat bola sepak pada umumnya bukan spesis yang paling sabar di planet ini, jadi mereka mahu memenangi setiap pertandingan bola sepak.

“Saya tidak terlalu berbeza dengan itu tetapi saya cukup lama dalam arena ini untuk mengetahui bahawa anda juga harus melalui masa yang lebih sukar,” katanya dalam This Is Anfield.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: