Bola Sepak Semasa Terkini

FAM serah Cheng Hoe panggil pemain

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Cheng Hoe bakal memaklumkan sama ada kem latihan berpusat akan diadakan atau sebaliknya.

 

SUBKHI SUDARJI

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sama ada ingin mengadakan kem latihan berpusat atau sebaliknya sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2033 pada Mac depan.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata, perbincangan untuk mengadakan kem latihan atau sebaliknya telah diadakan dan ianya akan diumumkan Cheng Hoe dalam masa terdekat.

“Kami sedang mengadakan perbincangan, Cheng Hoe akan memutuskan bila tarikh kem latihan ini akan diadakan. Jadi lebih baik dia (TCH) yang memaklumkan perkara ini,” ujarnya ketika dihubungi CakapSukan, hari ini.

Terdahulu CakapSukan melaporkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar surat permohonan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkenaan pelepasan skuad kebangsaan ke luar negara.

Jelas Ismail Sabri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa memahami keperluan FAM di atas kapasiti negara sebagaimana skuad Harimau Malaya berada dalam landasan terbaik untuk merebut slot secara automatik bermain di Piala Asia 2023.

“Ini adalah termasuk mengenai latihan pasukan kebangsaan di mana surat permohonan itu dihantar melalui KBS. Pihak kami sentiasa memahami misi FAM di atas kapasiti negara Malaysia tetapi semua pihak harus mengikut prosedur.

“Malah saya juga harus tahu apa kata Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai badan yang lebih ketahui apa keputusan mereka berkenan kejohanan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) mereka.

“FAM harus menghantar surat permohonan melalui KBS sekarang dan akan di bentangkan di peringkat MKN nanti,” ujarnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: