Bola Sepak Semasa Terkini

FAM hargai keprihatinan MKN dan KBS

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

SUBKHI SUDARJI

KEPUTUSAN Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberikan lampu hijau buat skuad kebangsaan menjalani latihan kem pusat sebagai persiapan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023  membuktikan keprihatinan KBS dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pengurus pasukan skuad kebangsaan, Datuk Mohd Yusof Mahadi berkata, keputusan yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sememangnya sesuatu yang menggembirakan khususnya sebagai persiapan skuad Harimau Malaya.

“Memanglah kita rasa lega dengan keputusan ini, keprihatinan ditunjukkan membuktikan MKN melalui KBS mengambil berat tentang persiapan pasukan kendalian Tan Cheng Hoe menghadapi saingan kelayakkan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

“Keputusan ini membuka peluang buat skuad kebangsaan menjalani latihan selepas sekian lama tidak berlatih, ini semuannya sudah tentu hasil perbincangan bersama Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Keputusan MKN melalui KBS yang membenarkan kem latihan Harimau Malaya sudah pastinya memberikan kelegaan buat Cheng Hoe dan pemainnya.

“Saya percaya KBS menerima maklumat yang jelas mengenai pasukan negara yang kini berhadapan situasi sukar seandainya tida latihan pusat diadakan memandangkan pasukan lain yang berada dalam kumpulan yang sama menjalani latihan.

“Menghadapi perlawanan Mac nanti tanpa sebarang latihan dengan masa yang terhad pastinya akan menjejaskan peluang pasukan yang kini berada dilandasan terbaik meraih kejayaan,” jelasnya ketika dihubungi CakapSukan, sebentar tadi.

Terdahulu, CakapSukan melaporkan Reezal Merican memaklumkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu telah mendapat lampu hijau untuk persiapan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 nanti.

Jelas Reezal Merican, skuad Harimau Malaya yang bakal bertemu Emiriah Arab Bersatu di Abu Dhabi (26 Mac) dan menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil (31 Mac) itu bakal menjalani sesi latihan pusat di Majlis Sukan Negara (MSN) secara tapak kuarantin dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Tambah Reezal Merican, FAM akan mengadakan perbincangan bersama pihak MSN untuk menentukan tarikh mula sesi latihan pusat skuad Harimau Malaya.

“Pasukan bola sepak kebangsaan akan menjalani sesi latihan pusat di MSN secara tapak kuarantin dan akan ada satu perbincangan bersama pihak MSN berkenaan pendekatan SOP yang telah ditetapkan nanti.

“FAM akan berbincang dengan pihak MSN berkenaan bila mereka mahu mulakan sesi latihan pusat secara tapak kuarantin ini.

“Di pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kami sentiasa memahami ini adalah misi penting buat negara di mana kita semua rakyat Malaysia mahu menyaksikan kejayaan pasukan kebangsaan ketika beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 tetapi dalam masa yang sama semua wajib mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” ujarnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: