Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool, United seri di Anfield

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Salah gagal menjaringkan gol pada perlawanan sebentar tadi.

PERLAWANAN derby antara Liverpool dan Manchester United berkesudahan seri tanpa jaringan di Anfield, sebentar tadi.

Tiada jaringan pada babak pertama dan Liverpool dilihat kerap mendominasi permainan.

Babak kedua memperlihatkan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan. Percubaan Thiago pada m-78 nyaris membuahkan hasil tetapi ditepis baik oleh De Gea.

United hampir memecahkan kebuntuan jaringan, namun sepakan deras Paul Pogba tepat ke arah Alisson.

Manchester United kini kekal di persada Liga Perdana Inggeris dengan kutipan 37 mata, sementara Liverpool berada di tangga ketiga selepas beraksi 18 perlawanan.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: