Bola Sepak

Liga M 2021 wajar berlangsung dengan SOP baharu


PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan  Kerajaan bermula 14 hingga 26 Januari 2021 menyebabkan persiapan akhir pasukan menghadapi Liga Malaysia musim yang sudah diperingkat akhir terganggu.

Walaupun saingan Liga M 2021 dijadualkan berlangsung pada 26 Februari dengan aksi Piala Sumbangsih diantara Johor Darul Ta’zim dan Kedah namun timbul persoalan adalah perintah PKP dan PKPB yang berakhir pada 26 Januari bakal bersambung dalam tempoh dua minggu atau sebaliknya.

Pelbagai cadangan dikemukakan pihak pengurusan dan pemain bola sepak agar diperhalusi dan diberikan perhatian pihak bertanggungjawab khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan.

“Saya percaya bukan sahaja kami yang kini berada di peringkat akhir persediaan pasukan, begitu juga pasukan lain. Hanya selepas dua minggu pasukan menjalani latihan penuh kini kami berdepan dengan PKP dan PKPB.

“Seandainya PKP atau PKPB diteruskan pastinya akan memberi kesan kepada pasukan dan juga penajaan yang ingin melihat pasukan beraksi dalam saingan Liga Malaysia 2021.

“Harapan kami agar saingan Liga M musim ini diteruskan mengikut mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang ketat, buat sementara waktu tanpa penonton pun adalah wajar tetapi yang penting saingan dapat dijalankan.

“Mungkin buat penyiar rasmi mereka boleh menyiarakan aksi melalui stesen masing-masing. Jadi kami berharap kerajaan meneliti pandangan ini,” tegasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri

Bagi Mahali Jasuli, buat masa ini pasukannya mewajibkan semua pemain mengikuti latihan bersama secara dalam talian pada waktu pagi dan petang.

” Ditambah arahan PKP yang dikuatkuasakan, dia mengakui hanya latihan sebegitu dapat diteruskan sambil mengharapkan tempoh pelaksanaan PKP tidak akan berpanjangan selepas 26 Januari ini.

“Buat masa ini hanya latihan dalam talian menjadi pilihan dan bolehlah membantu kami saya serta rakan-rakan daripada tidak ada buat apa-apa langsung.

” Selepas ini, bila kami sudah boleh kembali jalan latihan, saya rasa semua pasukan juga kena ketatkan SOP ( Prosedur Operasi Standard) dengan mungkin mewajibkan pemain serta pegawai jalani swab test(ujian calitan) sekali atau dua kali sebulan biarpun kalangan mereka tidak ada gejala,” katanya.

Pemain Petaling Jaya City FC, Mahali Jasuli

“Perlu melihat bolasepak adalah industri yang pastinya membabitkan penajaan, bila MCO disambung sudah pasti ia memberi kesan nyata terhadap pasukan dari segi penajaan. Kerajaan perlu fikir satu SOP untuk industri bolas sepak seandainya PKP atau PKPB disambung.

“Kesan PKP kepada pasukan tahun lepas begitu ketara apabila dua penaja utama menarik diri, jadi kalau boleh kami tidak mahu situasi ini berlaku lagi pada tahun ini kerana seperti apa yang saya katakan, sukan bola sepak adalah industri membabitkan pemain dan juga kejurulatihan serta pengurusan,” tegasnya.

–Setiausaha Eksekutif Kelantan United FC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Ab Aziz–

Bagi Pengurus pasukan Selangor FC, Mahfizul Rusydin Ab Rashid pula, senandainya mCO dilanjutkan ia akan menjejaskan persiapan pasuka-pasukan dalam negeri-negeri yang terlibat dengan PKP.

“Aksi yang dijadualkan bermula 26 Februari akan terganggu  dimana semua pasukan tidak cukup membuat persedian dan ia akan menjejaskan persembahan pasukan selain mengundang kecederaan dikalangan pemain ekoran kurangnya latihan dalam pasukan.

“Mungkin perlu SOP baharu yang ketat, apa pun kita tetap tetap akur seandainya MKN terus mengadakan PKP”, ujarnya.

Pengurus Selangor FC, Mahfizul Rusydin Ab Rashid

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading