Bola Sepak Semasa Terkini

FAM hantar permohonan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Ismail Sabri memaklumkan FAM harus menghantar surat permohonan melalui KBS sekarang dan akan di bentangkan di peringkat MKN nanti.

Eksklusif Oleh MOHD FARIQ

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar surat permohonan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkenaan pelepasan skuad kebangsaan ke luar negara.

Jelas Ismail Sabri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa memahami keperluan FAM di atas kapasiti negara sebagaimana skuad Harimau Malaya berada dalam landasan terbaik untuk merebut slot secara automatik bermain di Piala Asia 2023.

“Ini adalah termasuk mengenai latihan pasukan kebangsaan di mana surat permohonan itu dihantar melalui KBS.

“Pihak kami sentiasa memahami misi FAM di atas kapasiti negara Malaysia tetapi semua pihak harus mengikut prosedur.

“Malah saya juga harus tahu apa kata Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai badan yang lebih ketahui apa keputusan mereka berkenan kejohanan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) mereka.

“FAM harus menghantar surat permohonan melalui KBS sekarang dan akan di bentangkan di peringkat MKN nanti,” katanya kepada Cakapsukan.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri memberitahu: “Ya, dahulu (pelepasan kepada atlet terbang ke luar negara) sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana MKN telah memberikan kebenaran pasukan sukan menyertai kejohanan luar negara dengan SOP tertentu.

“Namun sekarang saya bercakap buat masa ini dan sekarang ini kita sedang berdepan PKP kedua di mana kita kena teliti kes demi kes.

“Walapun (pasukan kebangsaan) lawan UAE pada Mac depan, saya tidak pasti apa yang akan terjadi ketika itu sama ada tempoh PKP masih berkuatkuasa atau sebaliknya tetapi seperti saya katakan tadi, FAM disarankan menghantar surat permohonan bermula dari sekarang.”

Difahamkan FAM telah pun menghantar surat permohonan awalan lagi mengenai perlawanan dengan Emiriah Arab Bersatu di Abu Dhabi dan juga di dalam negara bertemu Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun mungkin dengan kenyataan terbaru dari Ismail Sabri, FAM mungkin harus berbincang semula dengan pihak KBS untuk memastikan permohonan dihantar semula kepada MKN melalui KBS.

Cakapsukan sebelum ini melaporkan satu surat terbuka diajukan kepada Ismail Sabri untuk membenarkan pasukan kebangsaan melakukan persiapan untuk kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 dalam tempoh PKP yang berkuatkuasa 13 sehingga 26 Januari depan.

Berdasarkan kedudukan terkini, skuad negara berada dalam landasan terbaik untuk layak secara automatik ke saingan Piala Asia 2023 selepas tangga kedua Kumpulan G pusingan kedua dengan mengumpul sembilan mata selepas mengharungi lima daripada keseluruhan lapan aksi kumpulan.

Antara cadangan itu adalah meminta pertimbangan MKN untuk membenarkan pasukan kebangsaan mengadakan sesi latihan pusat secara semi-kuarantin di mana pasukan kebangsaan hanya dibenarkan ‘berkampung’ satu tempat khusus di mana setiap pemain dan pegawai akan sentiasa dinilai daripada pegawai KKM dari masa ke semasa sepanjang tempoh semi-kuarantin.

Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas Piala Asia adalah ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007, namun sudah hampir 40 tahun Malaysia gagal meraih slot automatik Piala Asia sejak edisi 1980 di Kuwait.

Pandangan itu dilihat menjadi relevan selepas kem latihan berpusat di Majlis Sukan Negara (MSN) diteruskan setelah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Covid-19 yang dipengerusikan Ismail Sabri pada 14 Januari lalu dengan syarat semua atlet dan jurulatih tidak dibenarkan keluar kecuali ke tempat latihan masing-masing secara terkawal.

Mesyuarat itu juga memutuskan kemudahan pusat latihan hanya boleh digunakan oleh atlet dan jurulatih sahaja dan pergerakan kelur masuk ke premis penginapan dan latihan selain daripada atlet dan jurulatih tidak dibenarkan di mana latihan sukan juga dijalankan mengikut SOP latihan yang telah ditetapkan sebelum ini.

Pasukan kebangsaan kebangsaan yang akan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam pada 26 Mac dan 31 Mac depan.

Sebagai rekod, pasukan badminton negara telah beraksi di Terbuka Thailand baru-baru ini sementara Azizulhasni Awang memenangi pingat emas acara keirin pada Kejohanan Basikal Trek Kebangsaan Australia di Brisbane pada bulan lalu.

(Nota: Mohd. Fariq merupakan penulis sukan bola sepak lebih daripada 20 tahun)


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: