Bola Sepak Semasa Terkini

Irfan Zakaria kembali berbakti di negeri kelahiran

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Irfan Zakaria (kiri) bersama CEO Kuala Lumpur United FC, Stanley Bernard, selepas menandatangani kontrak. (Foto ;KualaLumpurfa.com)

SELEPAS setahun berkelana di Kedah, pemain pertahanan Irfan Zakaria kembali semula menabur bakti bersama Kuala Lumpur United FC (KLUFC) yang juga merupakan negeri kelahirannya.

Irfan Zakaria kini hanya memerlukan sembilan lagi untuk mencapai angka 100 penampilan bagi KLUFC dan menjadi pemain berstatus lagenda bersama kelab sebagaimana dilakukan 27  pemain Kuala Lumpur dan yang terakhir adalah Zhafri Yahya yang telah pun bermain 110 perlawanan untuk Kuala Lumpur.

Sebelum menyertai Kedah bagi musim 2020, Irfan telah membuat 91 penampilan untuk Kuala Lumpur dari 2016 hingga 2019 dan menjaringkan dua gol. Kini Irfan kembali ke Kuala Lumpur bagi musim 2021 dan akan mencuba melakar sejarah peribadi.

“Selepas setahun saya tinggalkan KL, saya kembali ke pasukan lama ini dengan menimba pengalaman dan membuat kawan baru di Kedah. Saya berterima kasih kepada KL kerana mengambil saya kembali. Saya juga bergembira dapat bermain semula di sini,

“Saya melalui satu perjalanan yang sukar sebab di Kedah reputasinya tinggi sebagai pasukan gergasi. Saya berjaya sesuaikan diri dengan suasana dan penyokong di sana dan dapat membina pengalaman,” ujarnya dipetik menerusi laman rasmi pasukan kualalumpurfa.com.

Irfan, 25, adalah pemain yang serba boleh dan selesa bermain di kawasan tengah mahupun sebagai pemain pertahanan. Irfan juga pernah dipilih sebagai kapten untuk satu perlawanan Liga Super pada 2019 ketika Kuala Lumpur menewaskan PKNP 4-1 di Cheras.

Selain Irfan, kapten pasukan Paulo Josue juga menghampiri 100 penampilan selepas bermain dalam 86 perlawanan untuk Kuala Lumpur sejak 2017.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: