Bola Sepak Semasa Terkini

Harimau Selatan sah ikat Jonathan Herrera.


JUARA Liga Super tujuh kali berturut-turut,  Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkasakan pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini apabila mengikat penyerang import baharu dari Argentina Jonathan Herrera.

Pengarah Sukan JDT FC Martin Prest berkata mereka percaya Herrera adalah pemain yang layak berdasarkan umur serta cara permainan yang sesuai dengan pendekatan bola sepak diamalkan JDT.

“Kami melihat beberapa pemain untuk melengkapkan pasukan dan akhirnya kami memutuskan Herrera adalah penyerang import kami,” katanya di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Prest berkata mereka akan memperkenalkan secara rasmi pemain berusia 29 tahun selepas beliau habis menjalani tempoh kuarantin wajib, bersama-sama dua lagi pemain.

Berasal dari Buenos Aires, Herrera sebelum ini beraksi bersama Primera B Nacional Deportivo Riestra, iaitu pasukan divisyen dua Liga Bola Sepak Argentina sebelum menyertai kelab divisyen utama Argentina iaitu Central Cordoba.

JDT adalah kelab pertama dari Asia yang disertai pemain tersebut kerana sepanjang karier bola sepaknya, beliau hanya mempunyai pengalaman beraksi dengan beberapa kelab dari benua Amerika Selatan.

Berdasarkan transfermarkt, Herrera mempunyai rekod 13 gol dalam 23 perlawanan Primera B Nacional dan 6 gol dalam 20 penampilan Superliga. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Primera B Nacional pada musim 2017-2018.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: