Bola Sepak Semasa Terkini

Selesai cara keluarga

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Yusoff mahu isu pergeseran Kelantan FC dan FAM diselesaikan secara baik dan sebagai satu keluarga bola sepak.

“ELOK kita selesai cara keluarga,” itulah gesaan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi, dalam menyelesaikan isu salah faham di antara pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman, dengan FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhubung kedudukan kelab itu.

“Orang macam Zamsaham tidak ramai. Kita sedar tidak ramai yang mahu melabur duit mereka sendiri dengan banyak. Keluarga bola sepak tempatan tentu menyambut baik kehadiran tokoh seperti Zamsaham untuk mewarnai dan membantu industri bola sepak negara.

“Eloklah kita selesaikan salah faham ini dengan cara baik. Saya diberi mandat untuk menjemput Norizam berbincang dengan baik bersama Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ghani Hassan dalam tempoh terdekat ini,” jelasnya.

Pada masa sama, Yusoff menegaskan kemelut itu berpunca daripada salah faham gara-gara laporan media yang tidak patut dibiarkan berpanjangan di saat industri bola sepak tempatan sedang bergelut dengan cabaran wabak COVID-19.

“Sebab itu saya serahkan kepada FAM dan MFL untuk berbincang dengan elok seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tidak berselerak.” ujarnya.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: