Antarabangsa Bola Sepak

Hanya Firmino boleh hentikan Paul Pogba

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Firmino galas tanggungjawab kekang Pogba.

KETIKA tumpuan terarah kepada Manchester United untuk memenangi perlawanan tengah malam ini, jangan lupa nama Roberto Firmino.

Pemain ini boleh menyelesaikan masalah dan menghentikan setiap pergerakan Paul Pogba dan Manchester United.

Benar, Paul Pogba beraksi untuk Manchester United, tetapi kunci utama Liverpool adalah terletak kepada kebijakan Roberto Firmino yang sangat penting dalam membantu mematahkan serangan pelawat.

Liverpool bakal menghadapi pasukan Manchester United yang tidak dikalahkan dalam Liga Perdana Inggeris sejak 1 November lalu.

Kunci utama lawan akan terus diperhatikan, walaupun rekod permainan United bergantung tetap kepada Bruno Fernandes, yang telah menghasilkan 22 gol dalam 17 pertandingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Menghentikan Fernandes daripada memainkan peranan berpengaruh adalah tugas yang sukar, tetapi ia adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh Liverpool.

Dan yang bakal melakukannya nanti bukan dengan pertahanan mereka, tetapi Roberto Firmino !

Firmino boleh menjadi orang yang membantu menghentikan umpanan kepada Fernandes, yang mana dalam siri beberapa perlawanan terakhir telah berjaya menerusi gandingan Pogba.

Pasukan manakah akan bolos dahulu ya? Kita tunggulah malam nanti?


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: