Antarabangsa Badminton Semasa Terkini

Impian V Shem, Wee Kiong tidak kesampaian

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

V Shem, Wee Kiong kecundang pada aksi final yang berlangsung sebentar tadi. (Foto : BWF)

IMPIAN bekas beregu nombor satu dunia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong melakar kejayaan gemilang awal musim 2021 tidak kesampaian apabila kecundang di tangan pasangan dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin dengan kiraan set 2-1 pada aksi final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand Yonex di Impact Arena di Bangkok, sebentar tadi.

Tewas set pertama dengan 16-21 pada lawan yang kini berada dikedudukan ketujuh dunia dalam tempoh 14 minit, beregu profesional negara itu bagaimanapun bangkit pada set kedua dengan kemenangan, 23-21 dalam tempoh 24 minit untuk mengheret lawan ke set penentuan.

Set penentuan menampakkan saingan seimbang namun pasangan dari Taiwan ini berjaya meraih mata ke 21 terlebih dahulu untuk mengesahkan kejayaan juara buat mereka dengan kemenangan 21-19 dalam tempoh 26 minit.

Beregu profesional negara itu, satu-satunya wakil tunggal Malaysia dalam kejohanan berkenaan dan mara ke final kali pertama sejak November 2019.

Terdahulu pasangan berkenaan menewaskan pasangan Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-19, 21-10 dalam perlawanan separuh akhir, semalam.

> Final Beregu Lelaki

> Set Pertama
16-21 (14 minit)
> Set Kedua
23-21 (24 minit)
> Set Ketiga
19- 21 ( 26 minit)

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: