Bola Sepak Semasa Terkini

Pembatalan jejaskan perancangan skuad kebangsaan

PEMBATALAN  kem latihan pusat bulan ini menjejaskan perancangan Harimau Malaya untuk menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2033 pada Mac depan.

Pengendalinya,  Tan Cheng Hoe mengakui pembatalan kem latihan itu juga menyebabkan barisan kejurulatihan kesuntukan masa untuk menilai pemain bagi aksi berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam pada Mac depan.

Namun pada masa sama, Cheng Hoe menegaskan pihaknya perlu patuh dengan arahan kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak terjamin.

“Memang menjejaskan persiapan kita untuk tahun ini, orang kata kita sudah terkebelakang selepas setahun lebih tidak berlatih. Harap pada Mac nanti kita dapat teruskan latihan.

“Mahu atau tidak kita terpaksa ikut arahan, kita juga kena sentiasa positif dan saya sebagai jurulatih berharap pemain mendapat perkembangan yang baik apabila berlatih bersama kelab masing-masing,” katanya.

Semalam ,  FAM memutuskan untuk membatalkan kem latihan pusat Harimau Malaya yang sepatutnya bermula Sabtu ini hingga 26 Januari susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Diminta mengulas kemungkinan sekiranya kempen kelayakan itu terpaksa diadakan secara karnival di lokasi tertentu pada Jun depan, Harimau Malaya bersedia menghadapinya,

“Sejak COVID-19 ini saya sudah bersedia setiap masa dan saya sentiasa berhubung dengan pemain. Tiada masalah, kalau Mac pun kita kena bersedia, kalau Jun pun kita kena bersedia kerana kita tahu AFC juga kesuntukan masa.

“Paling penting setiap pemain perlu bersedia mental dan fizikal kerana harapan penyokong cukup tinggi untuk lihat kita berada pada landasan yang tepat.

“Kita juga tak mahu dihukum oleh AFC atau FIFA jika tak dapat sertai kejohanan itu dan kita harap situasi COVID-19 akan reda,” kata Cheng Hoe.

Seandainya kejohanan berkenaan tidak dapat dilangsungkan Mac ini kemungkinan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan mengadakan saingan itu secara karnival.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: