Badminton Semasa Terkini

BAM jual tanah untuk dapatkan dana

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dijangka menjual tanah di Taman Maluri yang sebelum ini menempatkan pusat latihan badminton dan bangunan pengajian swasta itu bagi mendapatkan dana persatuan dalam masa terdekat.

Hartanah berkenaan yang bakal dijual dengan harga RM52 juta itu sudah pun ada pembeli dan persetujuan  telah dicapai menerusi mesyuarat bersama jawatankuasa BAM dan pemilik pusat pengajian berkenaan.

Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, tanah berkenaan yang sebelum ini menempatkan pusat latihan badminton dan bangunan pengajian swasta itu kemungkinan akan dijual dengan harga RM52 juta.

“Tanah berkenaan sudah ada pembeli iaitu pemilik pusat pengajian swasta berkenaan yang berminat untuk menguruskan tanah terbabit pada masa akan datang.

“Keputusan untuk menjual tanah berkenaan dilakukan menerusi mesyuarat bersama jawatankuasa BAM dan pemilik pusat pengajian itu sudah beberapa kali menyatakan minat berkaitan perkara itu.

“Tanah di Taman Maluri itu ada akademi latihan dan pusat pengajian namun sekarang ini semua sudah berpindah ke Akademi Badminton Malaysia(ABM) di Bukit Kiara,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan BAM di ABM Bukit Kiara, hari ini.

Katanya lagi, penjualan tanah berkenaan akan mengukuhkan lagi dana BAM dalam merangka pelbagai aktiviti dan program pada masa akan datang.

“Jika diikutkan, bidang hartanah bukanlah perkara utama yang ditekankan BAM namun kami lebih menumpu kepada membina lebih banyak akademi latihan badminton termasuk merangka atau menyusun program sukan berkenaan,” ujarnya.

Pada masa sama , Norza menjelaskan pihaknya perlu bergerak sebagai sebuah entiti bebas dengan perlu berdikari mencari dana dalam menggerakkan sebarang aktiviti membabitkan ABM dan BAM.

“Bermula 2022, kita tidak boleh lagi mengharapkan bantuan luar dan perlu berusaha mencari dana menerusi beberapa kaedah yang bakal dilakukan nanti,”katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: