Badminton

Individu dikenakan hukuman BWF pernah berhubung dengan persatuan negeri

 

INDIVIDU  daripada Malaysia yang dikenakan hukuman pergantungan seumur hidup daripada sebarang aktiviti badminton oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pernah berhubung dengan persatuan negeri membabitkan pembangunan akar umbi.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, BAM bernasib baik tidak pernah berhubung dengan individu berkenaan malah pemain negara juga tiada sebarangan urusan dengannya sekali gus bebas daripada melakukan kesalahan terbabit.

 “Berdasarkan apa yang dimaklumkan kepada saya, individu berkenaan ada berhubung dengan pihak negeri di peringkat akar umbi tetapi tidak membabitkan BAM.

“Saya pun tidak pernah berjumpa dengan individu berkenaan dan berharap ini adalah kali terakhir warnanegara Malaysia terbabit dengan perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan BAM di Bukit Kiara, hari ini.

Norza berkata, kita seharusnya belajar daripada apa yang berlaku kepada dua pemain kita sebelum ini yang dikenakan hukuman berat oleh BWF.

“BAM tidak akan berkompromi jika ada pemain atau pegawai terbabit dengan gejala tidak sihat ini.

  “Saya yakin gejala negatif ini adalah atas dasar penerimaan dan mereka tidak ramai tetapi mereka memberi imej yang buruk kepada badminton secara keseluruhan,” ujarnya.

Mengenai penggantungan yang dikenakan ke atas individu terbabit, Norza menjelaskan pihaknya jelas kecewa dengan senario itu namun ia membuktikan komitmen BWF dalam membanteras gejala sindiket mengatur perlawanan.

  “BAM tidak akan memberi muka kepada perkara itu dan mahu setiap pemain sentiasa peka dan memaklumkan kepada mereka sekiranya didekati mana mana individu yang cuba menawarkan sesuatu yang tidak sihat.

“Kita terperanjat dan kecewa dengan apa yang berlaku namun ini menunjukkan BWF serius untuk menangani gejala sihat ini. Namun ia tidak membabitkan mana mana pemain dari Malaysia.

“Kita harap ia dapat menjadi amaran kepada pemain kita supaya tidak mengambil jalan pintas dengan melihat kejayaan dan keuntungan semata mata. Kita perlu pastikan persaingan badinton ini terus sihat dan segar.

 Semalam , BWF berjaya mengesan individu yang terbabit dalam aktiviti mengatur perlawanan sejak beberapa tahun lalu.

Siasatan BWF selama setahun berjaya menghidu perbuatan tiga pemain Indonesia yang terbabit dalam konspirasi mengatur perlawanan seterusnya dikenakan hukuman larangan seumur hidup untuk terbabit dalam sebarang aktiviti berkaitan badminton.

Pada masa sama , terdapat seorang warganegara Malaysia dipercayai daripada sebuah syarikat peralatan sukan terkenal turut dikenakan hukuman berkenaan atas kesalahan sama.

Selain itu, lima pemain beregu juga didapati bersalah melanggar peraturan integriti dengan dikenakan hukuman gantung antara enam hingga 12 tahun selain turut didenda antara 3,000 USD(RM12,000) dan 12,000 USD (RM48,000).

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: