Badminton

Atlet badminton negara bermula baik

ATLET badminton negara bermula dengan baik pada hari pertama pusingan pertama BWF Yonex Terbuka Thailand 2021 semalam.

Pemain beregu lelaki, Goh Sze Fei/l-Nur Izzuddin Rumsani menang ke atas pasangan Korea, Ko Sung Hyun-Shin Baek Cheol 21-16, 19-21, 21-11.

Manakala, aksi membabitkan rakan senegara menyaksikan Aaron Chia-Soh Wooi Yik kalah kepada Goh V Shem-Tan Wee Kiong 7-21, 19-21

Untuk perseorangan wanita, S Kisona menang tanpa bertanding apabila pemain India, Saina Nehwal menarik diri.

Kategori beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See tewas di tangan padanya Thailand Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 21-18, 16-21, 15-21

Hari ini, lapan lagi wakil negara akan meneruskan perjuangan di pusingan pertama.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: