Badminton

Liew Daren masih terkejut


Liew Daren gah mara ke pusingan kedua.

PEMAIN perseorangan badminton lelaki negara, Liew Daren akui masih terkejut selepas layak ke pusingan kedua Yonex Terbuka Thailand.

Daren menewaskan Anders Antonsen dari Denmark dengan straight set, 21-12 21-18, petang ini.

“Saya agak terkejut. Sebelum kejohanan ini saya tidak pasti sama ada saya akan mengambil bahagian kerana saya berada dalam senarai simpanan.

“Oleh itu, berjaya pada minit terakhir dan menang menentang pilihan ketiga adalah kejutan besar bagi saya,” kata Liew dipetik laman rasmi BWF.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading