
TINDAKAN menutup Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kompleks Sukan Negara bukanlah keputusan tepat buat masa ini walaupun terdapat 13 kes postif Covid 19 membabitkan atlet dan pengurusan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, langkah ini bukanlah pilihan yang baik kerana Kompleks Sukan negara adalah kawasan umum.
“Kita kena terima hakikat bahawa kita hidup dalam keadaan jangkitan Covid-19 yang berada dimana-mana dan kita dapati lapan atlet yang terjangkit tersebut hanya seminggu sahaja kita berehat kem latihan dan apabila mereka masuk bawa masuk covid ke dalam. Jadi ini sebabkan jangkitan berlaku merata-rata .
“Jadi apa yang penting adalah kawalan dan pematuhan kita dan ini harus dilaksanakan bagi memastikan ianya dapat dibendung, bukan sahaja atlet tetapi orang ramai juga perlu memainkan peranan mematuhi SOP ditetapkan Kerajaan.
“Jadi pilihan kita masih kekal dengan pembukaan sektor sukan pada tahun ini bukan sahaja tempatan dan kita kena pastikan atlet kita bersedia dengana danya kem latihans eperti inilaha akan membantu mereka sehinggalah kita mendapat arahan dan panduan seterusnya dari kerajaan,” katanya.
Terdahulu MSN mengesahkan lapan atletnya termasuk positif Covid 19 sebelum semalam lagi lima pegawainya turut disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian swab pada 5 Januari lalu.
Mengulas perkembangan semasa, kem latihan pusat akan dijalankan sehingga 14 Januari mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Tindakan pro aktif kita untuk membuat ujian jalankan ujian swab kepada pegawai-pegawai kita yang terlibat secara langsung dengan atlet telah menghasilkan keputusan yang kita jangkakan, mesti ada sangkut memandangkan dalam keadaan penularan berlaku dari segenap pihak dan kawasan.
“Lima pegawai MSN positif dan pemeriksaan lanjut mendapati dua pegawai tersebut dapat jangkitan dari luar ketika mereka bercuti dan masuk balik manakala tiga lagi mungkin dari luar dan sentuhan fizikal semasa pendaftaran,.
“Apa yang penting kita telah adakan perbincangan dengan KKM bahawa peratusan mereka yang dapati positif iaitu pada hari pertama 8 dan berikutnya 5 orang dimana keseluruhannya seramai 13 orang dari anggaran 1200 orang dalam komuniti Bukit Jalil dan Kampung Pandan.
“Ini menunjukkan peratusan yang agak kecil yang tidak menunjukkan penularan dalaman. Kita akan teruskan ujian swab kepada mereka yang mungkin terdedah kepada jangkitan,” katanya.
Mengenai persaraan Shalin daripada pasukan kebangsaan, Shapawi mengakui ia memberi impak kepada skuad boling negara.
“Sudah tentu ia memberi impak kepada pasukan kebangsaan, tapi kita sedia maklum bahawa akan ada noktah (persaraan) bagi setiap atlet.
“Keputusan dia memang menyedihkan, tapi kita harus terima hakikat dan perlu terus berjuang mencari pelapis-pelapis boling dan kita ada ramai pelapis menerusi program tertentu,” katanya.





Add Comment