
JARINGAN awal permainan Danny Ings memberikan kekalahan sulung tahun 2021 buat Liverpool.
Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu melepaskan peluang menjarakkan diri dengan pesaing terdekat, Manchester United di kelompok atasan.
Bagaimanapun, skuad pimpinan Jurgen Klopp itu kekal di tangga teratas berdasarkan perbezaan gol mengatasi lawan, namun kini bermain lebih satu perlawanan berbanding Red Devils.
Penyokong Liverpool kini mengharapkan pengurusan The Reds segera membawa masuk pertahanan tengah pada pasaran perpindahan Januari ini.
Ia selepas mereka kehilangan Virgil van Dijk, Joe Gomez serta Joel Matip dan Klopp terpaksa menurunkan Fabinho dan Jordan Henderson bersama di bahagian pertahanan.





Add Comment