Antarabangsa Bola Sepak

Jadon Sancho bikin Dortmund serabut

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sancho mula menunjukkan penurunan prestasi bersama Dortmund.

PRESTASI Jadon Sancho bersama Borussia Dortmund agak perlahan sejak kebelakangan ini.

Apa tidaknya, fikiran Sancho melayang ke arah Manchester United, seperti kata Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund Hans-Joachim Watzke.

Menurut Watzke, penampilan buruk Sancho dalam beberapa perlawanan terakhir turut berkaitan dengan kegagalan berpindah ke Manchester United pada jendela perpindahan musim panas.

Sancho sempat digosipkan berpindah namun The Red Devils enggan memenuhi permintaan harga yang diletakkan oleh Die Borussen, iaitu sekitar 108 juta poundsterling.

“Secara tak sedar mungkin Jadon sudah siap sedia menjalani perubahan (dengan berpindah ke Manchester United).

“Mungkin dia sudah banyak memikirkan (potensi perpindahan) itu sehingga kehilangan rasa ketenangan. (Tapi) saya lihat dia sudah berusaha sangat keras selama berminggu-minggu,” ujar Watzke kepada Kicker dan dipetik dari Daily Mail.

Pada musim lalu, Jadon Sancho mampu mencetak 17 gol dan 17 assists di Bundesliga. Sedangkan, pada musim ini prestasinya seakan merosot.

Sancho hanya mampu menjaringkan satu gol dan empat assists dalam 12 perlawanan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: