Bola Sepak Semasa

Junior Eldstal teruja bersama Chonburi FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Junior Eldstal telah turun menjalani latihan bersama pasukan. (Foto : FB Chonburi FC)

PEMAIN baharu Chonburi FC, Junior Eldstal mempertaruhkan pengalamannya dalam saingan Liga Malaysia untuk berkongsi dengan rakan sepasukan bahrunya dalam usaha membantu pasukan meraih kemenangan pada saingan Liga Thailand.

Jelasnya, menyertai kelab Chonburi FC yang penuh dengan sejarah yang panjang, sememangnya menjadi impian pemain.

“Saya akan berusaha melakukan yang terbaik, 100 peratus setiap kali diturunkan beraksi. Pengalaman Di liga Malaysia termasuk bola sepak piala Asia selama bertahun-tahun diharap memberikan kelebihan buat dirinya dan juga pasukan.

“Sudah tentu, saya berharap dapat memberikan pengalaman yang saya lalui ini untuk membantu pasukan semaksimum mungkin. Chonburi FC mempunyai pemain yang pemain muda.

“Saya sangat teruja. Itu telah menjadi sebahagian daripada bola sepak Thailand dan merupakan sebahagian daripada Liga Thailand, saya harap dapat bertemu dengan semua orang,” jelasnya dipetik menerusi laman rasmi FB Chonburi Football Club.

Junior Eldstal diperkenalkan secara rasmi oleh Pengurus pasukan Sasit Singto Thong.

Beliau berkata demikian ketika diperkenalkan sebagai pemain baharu pasukan berkenaan. Dengan ketibaan Junior Eldstal bersama kelab Thai League 1, ini bermakna Malaysia mempunyai 2 orang pemain yang sedang bersama kelab divisyen tertinggi negara itu selain Dominic Tan yang beraksi dengan Police Tero FC.

Junior Eldstal adalah pemain kelahiran Malaysia-Sweden yang beraksi sebagai pemain pertahanan dan juga sebagai pemain tengah bertahan. Dia dibesarkan dari pasukan muda Aldershot di England, sebelum pada tahun 2013 dia pindah ke Malaysia bersama Sarawak dan Johor Darul Ta’zim selain pernah menjadi ahli pasukan kebangsaan Malaysia di U23 dan juga pasukan senior.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: