Bola Sepak Terkini

100 Tahun Sejarah Piala Malaysia


Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di Malaysia. Piala Malaysia juga antara kejohanan yang tertua di rantau Asia yang dipertandingkan setiap tahun dibawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Piala Malaysia terlebih dahulu dikenali sebagai Piala Malaya yang mula dipertandingkan pada awal 1920. Piala Malaysia sekali lagi bertukar nama kepada Piala HMS Malaya pada tahun 1933 sempena nama kapal perang HMS Malaya.

Pada 1967 barulah nama Piala Malaysia diperkenalkan dan ia kekal hingga kini.

Info Ringkas Piala Malaysia

> Trofi HMS Malaya yang telah menghampiri usia 100 tahun itu kini berada dalam simpanan rapi di Muzium Negara sejak tahun 1968.

> Satu liga kejohanan diperkenalkan pada 1982 untuk menentukan pasukan yang layak mara ke final dan diadakan selepas liga bola sepak Malaysia tamat.

> Krisis antara FAS dan FAM menyaksikan Singapura menarik diri dari Liga Malaysia pada tahun 1995. Namun Singapura sempat  bergelar juara buat kali terakhir pada 1994.

>  Pasukan yang bertanding di Piala Malaysia pada tahun 1999 telah bertambah kepada 12 pasukan sebelum menjadi 16 pasukan.

>  Johor FC  merupakan pasukan kelab yang pertama berjaya menyertai Piala Malaysia dan pasukan kelab pertama menjadi juara Piala Malaysia adalah MPPJ Selangor pada 2003.

> Pasukan Selangor yang mendapat jolokan Raja Malaya merupakan pasukan pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala Malaysia apabila muncul juara sebanyak 33 kali dan 15 kali naib juara.

> Singapura merupakan pencabar utama Selangor dengan muncul juara sebanyak 24 kali dan naib juara 19 kali diikuti Perak ditempat ketiga dengan gelaran juara 8 kali.

> Penjaring terbanyak dalam perlawanan akhir sepanjang kejohanan ini berlangsung ialah Allahyarham Datuk Abdul Ghani Minhat dengan 4 gol pada tahun 1961.

> Selain itu terdapat beberapa pemain yang berjaya menjaringkan hatrik pada perlawanan akhir iaitu S.Thanabalan (1961), Ervin Boban (1991), Abbas Saad (1994), Juan Manuel Aristegui (2003) dan Bambang Pamungkas (2005).


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading