
CHELSEA terus dirundung malang apabila kalah 1-3 kepada Manchester City di Stamford Bridge, pagi tadi.
Malahan, pengendalinya Frank Lampard dalam situasi mencemaskan kerana hanya menang sekali dalam enam perlawanan.
Menurutnya, perkara biasa sebagai sebuah skuad yang terpaksa melalui kekalahan, dan dianggap sebagai satu ujian.
Bayangkan, The Blues berbelanja sakan £220 juta pada pasaran perpindahan tetapi hasil tidak seperti diharapkan.
Kini, Lampard harus membuktikan dia boleh membentuk skuad berbakat bagi mencari kejuaraan besar apatah lagi pemilik kelab, Roman Abramovich terkenal gemar memecat pengendali Chelsea.





Add Comment