Antarabangsa Bola Sepak Semasa

City kembali bersaing

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MANCHESTER City kembali memberi saingan dalam perebutan Liga Perdana Inggeris apabila meraih kemenangan 3-1 ke atas Chelsea pada aksi di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Tiga mata yang diraih skuad bimbingan Pep Guardiola ini meletakkan mereka ketinggalan empat mata dibelakang Liverpool dan Manchester United yang kini berada dipersada liga namun City masih memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Namun apa yang ketara kemenangan awal pagi tadi lebih menjurus memberi tekanan buat pengendali The Blues, Frank Lampard yang hanya meraih satu kemenangan dalam enam perlawanan sebelum ini untuk meletakkan mereka ditangga kelapan dengan dibezakan tujuh mata selain telah bermain lebih satu perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, City memperolehi gol hasil jaringan Ilkay Gundogan, Phil Foden dan Kevin De Bruyne mematikan permainan dalam tempoh 35 minit pertama sebelum Callum Hudson-Odoi menjaringkan gol saguhati buat Chelsea pada penghujung perlawanan.

Perlawanan seterusnya.

14 Januari 2021 > Manchester City lwn Brighton

16 Januari 2021 > Fulham lwn Chelsea


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: