Bola Sepak Semasa

Mohd Azizan perlu dana rawatan hospital pakar

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pengulas Sukan Astro Arena, Hafizal Hamad berkunjung ke rumah Mohd Azizan di rumah, dekat Melaka.

BEKAS pemain bola sepak, Mohd Azizan Baba kini memerlukan sumbangan kewangan orang ramai bagi merawat bengkak pada bahagian pahanya.

Mohd Azizan yang pernah beraksi untuk Melaka, Sarawak, Johor FC dan Pulau Pinang kini telantar sakit di rumahnya dekat Melaka dan pernah menjalani pemeriksaan di hospital untuk mengeluarkan darah di bahagian hamstring.

Tetapi bengkak pada paha beliau tiada perubahan walaupun sudah dua kali menjalani operasi.

Kini beliau memerlukan sumbangan dana awam untuk perubatan ke hospital pakar. Sebarang sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank atas nama Mohd Azizan Bin Baba
154026372544.

Cakap Sukan mendoakan agar orang ramai dapat membantu menghulur bantuan dan meringankan beban ditanggung dan berharap segala urusan Mohd Azizan dipermudahkan oleh Allah SWT.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: